Pages

Saturday, January 12, 2013

Penyanyi Iban Masa Kini : Melissa Francis

Melissa Anak Francis ataupun lebih dikenali sebagai Melissa Francis merupakan seorang anak jati Sarawak yang mula berkecimpung dalam dunia seni suara sejak berumur 18 tahun dengan album yang pertamanya ketika itu. Antara lagu-lagu yang menjadi siulan ramai adalah lagu "Ranggas dan kemunting", "Baya Pantai", dan kini "Mutus Ati" yang dicipta adiknya sendiri iaitu Hairee Francis. 

Lagu "Mutus Ati" telah banyak memberi tuah kepada artis ini setelah kemunculannya kembali ke dunia seni Sarawak di bawah label Panggau Buluh Pengerindu(PBP) yang dimiliki oleh Embat Lala. Sebelum ini, beliau merupakan seorang artis di bawah label Andrewson Ngalai Production(ANP) yang dimiliki oleh seorang penyanyi yang masih dikenali ramai iaitu Andrewson Ngalai.

Dalam Album "Berserara Enggau Ai Mata" ia mengisahkan banyak tentang kisah cinta yang menjadi pilihan tidak mengira usia. Album ini merupakan album yang paling laris di dalam industri Iban. Ini merupakan satu fenomena buat Industri Muzik Iban. 

Dalam Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) aanjuran CATSFM, Melissa Francis berjaya mendapat dua anugerah iaitu Lagu Paling Popular dengan undian sebanyak 21,266, satu nilai yang sangat luar biasa. Satu lagi anugerah iaitu Vokal Terbaik. Dalam Pertandingan tersebut, Hevance telah memenangi hati juri dengan Gelaran Juara AJARR 2011.

Aksi Melissa Francis di Malam Kemuncak AjARR 2011

Sementara itu, dalam Anugerah Muzik Dayak 2012 yang dianjurkan pada 24 November 2011 di DEtar Putra Unimas, Melissa Francis telah tercalon dalam 10 Kategori melalui Album "Berserara Enggau Ai Mata"




 Melissa berjaya membawa pulang dua anugerah pada malam tersebut iaitu "Best Female" dan "Best Ballada Artist". Setinggi-tinggi tahniah diucapkan.








Kini, Nama Melissa Francis sekali lagi ingin dijulang oleh rakyat Sarawak dengan mencalonkan beliau di dalam Anugerah Berprestij Malaysia iaitu "Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012". Melissa berjaya menjadi Top 5 Finalist bagi Anugerah Artis Paling Stailo (Kategori Online) : Undi Melissa Francis Sehingga 13 Mac 2013. Semoga beliau terus maju dan berjaya.

No comments:

Post a Comment